Skip to main content
Skin Care

Moisturizer untuk Kulit Berminyak

By October 2, 2021No Comments

Tahukah anda bahawa kulit kita sebenarnya menghasilkan minyak semulajadi? Penghasilan minyak tersebut sebenarnya bertujuan untuk melindungi kulit daripada menjadi terlalu kering. Namun, ada sesetengah orang yang mengalami masalah penghasilan minyak yang berlebihan yang menjurus kepada masalah kulit berminyak.

Kulit berminyak pastinya membawa kepada lebih banyak isu seperti jerawat, pori-pori besar, makeup bercapuk dan muka kelihatan berkilat. Isu-isu ini boleh terjadi disebabkan minyak yang dihasilkan oleh kulit menyumbatkan liang pori-pori.

Salah satu bahan semulajadi yang sangat terkenal dalam menyelesaikan masalah kulit berminyak adalah minyak tea tree. Untuk pengetahuan anda, produk penjagaan kulit berasaskan daripada minyak tea tree dari Dr. C. Tuna range bakal dilancarkan dalam masa terdekat.

Sejarah Minyak Tea Tree

Tea tree, atau dalam bahasa saintifiknya dikenali sebagai melaleuca alternifolia, dijumpai oleh seorang tentera laut Diraja, Kapten James Cook ketika melakukan pengembaraannya di wilayah baru selatan Wales. Beliau telah menjumpai pokok-pokok yang tebal dan melekit di mana daun-daunnya berbau aromaterapeutik.

Tea Tree

Berdasarkan kajian sejarah, seorang saintis bernama Aborigines menggunakan daun tea tree untuk memulihkan luka, calar dan jangkitan. 150 tahun kemudian, Dr. Penfold menjumpai minyak pati tea tree adalah 13 kali lebih efektif daripada asid karbolik untuk dijadikan sebagai antiseptik sehingga para askar ketika Perang Dunia II (World War II) membawa sebotol di dalam peti kecemasan mereka.

Dr. C. Tuna Tea Tree Skin Care

Minyak tea tree dihasilkan daripada daun-daunnya dengan cara proses penyulingan secara stim. Diperkaya dengan minyak tea tree, Dr. C. Tuna Tea Tree Skin Care membantu untuk melegakan keradangan kulit dan masalah kulit berminyak.

Set penjagaan kulit ini termasuk pencuci muka, pelembap, toner, serum dan pelembap.

Cara Penggunaan

Langkah 1: Mencuci muka

Sapukan sebilangan kecil Dr. C. Tuna Tea Tree Face Wash dan urut perlahan ke wajah sebelum membilasnya.

Langkah 2: Menggunakan toner

Keluarkan sejumlah kecil Dr. C. Tuna Tea Tree Toner ke atas kapas, aplikasikan ke atas muka selepas membersihkannya untuk membuang daki-daki degil. Boleh digunakan setiap hari sebagai sebahagian daripada rutin penjagaan kulit yang sihat.

Langkah 3: Melembapkan

Dengan menggunakan Dr. C. Tuna Tea Tree Face Cream, urut dengan lembut ke atas kulit di kawasan muka dan leher, dua kali sehari selepas mencuci muka dan menggunakan toner.

Langkah 4: Memulihkan

Gunakan Dr. C. Tuna Tea Tree Serum pada jerawat atau bintik-bintik gelap dengan menggunakan titisan kecil sahaja. Elakkan sentuhan langsung dengan mata.

Kebaikan Dr. C. Tuna Tea Tree Skin Care

Dr. C. Tuna Tea Tree Face Wash membantu untuk membersihkan kulit dan mengurangkan minyak berlebihan apabila digunakan secara berkala. Pencuci ini juga mampu untuk mengeluarkan kotoran, minyak berlebihan, sisa solekan dan kekotoran sebum dengan formula bebas minyak dan semulajadi dengan cara menembusi pori-pori yang tersumbat untuk membasmi kuman dan membunuh bakteria penyebab jerawat, mengeringkan nanah dan jangkitan. Bukan sekadar itu, formulasi yang diperkaya dengan tea tree ini juga melarutkan kotoran yang menyumbat pori dengan cepat, mengurangkan minyak permukaan, whiteheads, blackhead, jerawat sehingga menjadikan kulit bersih dan segar di samping memberikan pembersihan yang mendalam sambil menyeimbangkan pH kulit.

Dr. C. Tuna Tea Tree Face Tonic adalah toner penapis yang membersihkan kulit secara lembut, menjadikan kulit terasa bersih, segar dan kelihatan lebih jelas tanpa memberi kesan sampingan kulit terlalu kering. Toner ini membantu untuk menyucikan dan mengetatkan liang pori yang membesar dan mencegah tanda-tanda ketidaksempurnaan lebih lanjut dengan memberikan kesan menenangkan pada kulit sensitif, cacat dan berjerawat.

Dr. C. Tuna Tea Tree Face Cream melembapkan dan menjadikan sebum kulit lebih seimbang tanpa menjadikan kulit kelihatan terlalu berkilat. Pelembap wajah ringan ini boleh memberikan kelembapan yang berpanjangan sambil menyuburkan dan membantu mengurangkan penampilan saiz pori. 

Dr. C. Tuna Tea Tree Serum membantu menghilangkan cacat cela pada kulit dan menjadikannya lebih halus. Serum ini mampu untuk menghilangkan bakteria penyebab jerawat, mengurangkan keradangan dan memberikan kelegaan yang menenangkan disebabkan sifat anti-radang dan antibakteria. Teksturnya yang halus dan tidak berminyak terasa sangat ringan dan lembut apabila dipakai.

Jika anda mengalami masalah kulit berminyak, nantikan pelancaran Dr. C. Tuna Tea Tree Skin Care.

Leave a Reply