Skip to main content

Apabila berlakunya ura-ura pada bulan Mei yang lepas bahawa kerajaan bakal melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) seluruh negara, ramai antara rakyat Malaysia yang masih mengambil remeh kerana disangkakan hanyalah ura-ura semata-mata. Namun, setelah kerajaan mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan Penuh atau lebih dikenali “Total Lockdown”, rakyat Malaysia terutamanya golongan B40 menjadi semakin gementar untuk melalui cabaran yang bakal mendatang.

Kini, kita telah pun berada dalam Fasa 1 Total Lockdown sejak 1 Jun 2021. Disebabkan pelaksanaan penuh penutupan sektor ekonomi dan sosial, terdapat rakyat yang terkesan secara langsung terutama yang bergaji harian. 

Oleh itu, kami di sini ingin mengambil peluang ini untuk membantu anda mendapatkan sumber rezeki utama bagi yang kehilangan pendapatan atau tidak bekerja, atau sumber rezeki sekunder bagi yang ingin tambah pendapatan dengan menjadi sebahagian daripada usahawan FCC.

Adakah mudah untuk berniaga bersama FCC?

Jika anda mengharapkan jawapan yang klise, sudah tentunya tiada apa yang mudah di dunia ini kecuali dengan usaha dan tawakal. Namun, kami telah pun mengorak langkah awal sebagai persediaan PKP dengan menyediakan sistem yang mudah untuk anda berniaga walaupun duduk di rumah sahaja.

Mengapa anda patut berniaga dengan FCC?

  1. Produk yang senang dijual

Produk FCC merupakan produk yang tergolong dalam kategori Fast Moving Consumer Goods (FMCG) iaitu barangan pengguna yang mudah dijual secara pantas kerana barangan ini selalunya barangan keperluan harian seperti syampu, produk penjagaan kulit, kosmetik dan produk keperluan rumah.

  1. Sistem pengurusan disediakan

Jangan risau jika anda tiada platform untuk berniaga kerana sistem pengurusan yang lengkap telah pun disediakan untuk merekod pembelian pengguna. Anda hanya perlu mempromosikan produk FCC dan dapatkan jualan.

  1. Gerbang pembayaran (payment gateway) disediakan

Pembayaran bagi setiap jualan boleh dibuat menerusi online banking FPX atau kad debit/kredit di sistem pengurusan yang disediakan.

  1. Gudang disediakan

Anda tidak perlu risau jika tiada tempat untuk meletak stok FCC kerana gudang kami telah pun disediakan. Segala proses penjualan boleh dilaksanakan menerusi sistem pengurusan kami tanpa perlu pegang apa-apa stok. Hanya perlu masukkan pembelian pelanggan menerusi sistem dan HQ akan proses pembelian dan pengeposan kepada pelanggan anda.

  1. Produk diiktiraf halal dan selamat

Produk FCC yang diterbangkan khas dari Istanbul merupakan produk yang diiktiraf sijil Halal kelulusan antarabangsa. Tiada syakwasangka atau was-was dalam menggunakan produk FCC.

PKP bukanlah alasan untuk tidak dapat menjana pendapatan. Jadikan krisis ini sebagai peluang untuk anda persiapkan diri untuk menghadapi segala rintangan yang mungkin bakal mendatang.

Sertai kami dalam program FCC Bangkit Berniaga 2.0 bersama tetamu undangan dari Sarawak iaitu artis pujaan Sarawak, Melissa Francis untuk ketahui program ini dengan lebih lanjut menerusi aplikasi Zoom pada 15 Jun 2021 pada pukul 8.30 malam.

Tekan pautan di bawah untuk daftar:

https://bit.ly/3cnl6V6

Leave a Reply