Skip to main content

Tahukah anda bahawa rambut dicipta untuk mencegah hilangnya panas dari kepala seseorang? Pastinya ramai baru tahu. Rambut merupakan mahkota tidak kira bagi lelaki mahupun wanita dan memainkan peranan yang penting dalam menentukan paras rupa seseorang. Manusia dianugerahkan lebih kurang 100,000 helai rambut di atas kulit kepala. Namun, dalam kadar lebih kurang 100 helai rambut gugur setiap hari dan perkara ini adalah normal.

Penjagaan rambut perlu dititikberatkan bukan sahaja bagi wanita yang tidak bertudung, malah bagi wanita bertudung dan lelaki. Penjagaan rambut yang rapi amat penting kerana saluran udara di pori-pori kepala yang tidak menyeluruh merupakan punca rambut rosak.

Kerap menggayakan dan mewarnakan rambut boleh menjurus kepada penyebab rambut rapuh dan rosak. Penggunaan bahan kimia dan alatan penggaya rambut menjadikan rambut kehilangan sedikit demi sedikit sifat semulajadi rambut. Pendedahan terhadap matahari, klorin dan air laut yang berlebihan juga menyebabkan rambut semakin rosak. Di samping itu, antara faktor lain yang merosakkan rambut adalah perubahan hormon, diet yang tidak seimbang dan penggunaan produk yang tidak bersesuaian.

Jadi, bagaimana cara untuk menjaga rambut? Di sini, kami ingin kongsikan 7 tips untuk menjaga rambut dengan lebih rapi.

  1. Gunakan produk yang fokus pada kulit kepala.

Awas jika anda mencari produk penjagaan rambut di pasaran kerana kebanyakan shampoo lebih fokus pada pembersihan rambut daripada pembersihan kulit kepala. Pilih shampoo yang menggunakan bahan semulajadi untuk merawat kulit kepala. Apabila kulit kepala dibersihkan dengan elok, segala nutrisi daripada shampoo yang diserap masuk ke dalam kulit kepala akan membantu untuk menyuburkan folikel rambut dari dalam sekaligus mengurangkan masalah rambut.

  1. Jauhi rawatan rambut yang menggunakan bahan kimia.

Rawatan rambut yang menggunakan bahan kimia seperti rebonding, perming dan bleaching rambut boleh menyebabkan kulit kepala menjadi semakin sensitif kerana bahan-bahan itu boleh menghakis kulit kepala dan merosakkan struktur rambut.

  1. Potong atau trim rambut.

Trim rambut dalam 2-3 inci dapat membantu rambut untuk tumbuh lebih cepat panjang dan mengurangkan rambut bercabang. Sekurang-kurangnya dalam masa 3-4 bulan sewajarnya memotong sedikit rambut kerana rambut yang telah tumbuh kurang mendapat nutrisi berbanding dengan rambut yang paling dekat dengan kulit kepala.

  1. Amalkan pemakanan yang sihat.

Bukan sekadar produk penjagaan rambut sahaja, malah pemakanan kita juga memainkan peranan penting dalam pertumbuhan rambut. Pengambilan makanan yang sihat dan seimbang membantu menjadikan rambut lebih bersinar dan sihat kerana nutrisi yang diperoleh daripada makanan tersebut. Antara nutrisi yang diperlukan untuk rambut termasuk vitamin A, B, C, D, E, protein dan zat besi.

  1. Lazimkan urutan kulit kepala ketika shampoo.

Ramai yang mengambil remeh tentang urutan kulit kepala tetapi sebenarnya mengurut kulit kepala ketika shampoo dapat melancarkan peredaran darah di dalam kepala. Urutan ini dapat merangsang peningkatan pertumbuhan rambut dengan lebih cepat dan kuat.

  1. Gunakan sikat rambut yang kurang menyebabkan rambut gugur.

Ya, sikat rambut juga penyebab rambut kerap gugur. Jenis sikat rambut yang disarankan adalah yang jenis yang sisirnya jarang, panjang dan lembut digunakan ke atas kepala. Lebih bagus jika sikat rambut itu sendiri adalah jenis yang kurang menarik rambut ketika menyikat rambut. Cara menyikat rambut adalah dengan menyikat sebahagian rambut dalam satu masa, diikuti dengan bahagian lain.

  1. Cuci rambut setiap hari dengan shampoo.

Bunyi seperti mitos yang merisaukan tetapi inilah cara paling berkesan untuk memberi kulit kepala nutrisi yang secukupnya apabila rambut rosak. Tanggapan ini adalah salah kerana mencuci rambut merupakan perkara asas dalam membersihkan permukaan rambut. Rambut kita terdedah dengan pelbagai habuk halus dan kotoran yang boleh menyebabkan pori-pori kepala tersumbat. Oleh sebab itu, pentingnya untuk mencari shampoo yang boleh digunakan setiap hari.

Jika anda ingin cara yang lebih mudah untuk mencari shampoo yang sesuai untuk penjagaan rambut harian, lebih mudah untuk anda mencuba set penjagaan rambut Dr. C. Tuna kami. Diperkaya dengan bahan semulajadi iaitu Bawang Putih, set penjagaan rambut ini bantu untuk membersihkan segala kotoran di kulit kepala dan rambut dan menyuburkan folikel rambut dari dalam yang menjadikan rambut anda lebih sihat dan bermaya.

Nak rambut sihat, kuat dan lebat? Dapatkan set penjagaan rambut Dr. C. Tuna di pautan di bawah:

https://www.farmasicolourcosmetics.com/product-category/dr-c-tuna/

Leave a Reply